APA KATA ANDA

SEMANGAT KENTAL JIWA TERUJI

PERINGATAN

Slaid Trip Sunyi

Memori


Slideshow

Khamis, 21 Januari 2010

Video Pancing



Rabu, 13 Januari 2010


Bara Cup merupakan acara tahunan bagi Warga Pak Bara, pertandingan yang melibatkan ramai pemancing amatur dan profesional dari rantau Asia. Pertandingan bertaraf International ini sentiasa menjadi tumpuan pemancing tegar kerana hadiahnya yang tinggi dan hadiah kategori spesis ikan yang banyak. Ramai pemancing dari tanah air kita Malaysia turut serta dalam pertandingan ini termasuklah group kami yang dikenali sebagai KEMATRI.

Persediaan dah dibuat awal maklumlah ramai kekawan yang baru nak cuba di Laut Andaman. Seramai 12 orang peserta dengan 2 bot iaitu bot Yassin dan bot Yatim. Aku sendiri pun belum pernah naik bot kedua-dua tekong ini. Kekadang tu ada rasa tak sedap hati juga. Dah tak ada pilihan terpaksalah pergi juga... Kami bertolak awal juga dari rumah, 5 pagi semua dah bergerak ke tempat pertemuan iaitu di R & R Gurun.Solat Subuh pun disitu juga.


Perancangan yang asalnya hanya untuk memancing secara santai telah bertukar menjadi acara pertandingan. Kerana tarikh yang tempah bot adalah tarikh Bara Cup berlangsung. Semua bot yang ada di Pengkalan Pak Bara tidak benarkan kelaut kecuali bot pertandingan sahaja. Mahu tak mahu terpaksalah kami turut serta kerana ada yang dah ambil cuti.....

Perjalanan yang pada awalnya berjalan lancar bertukar menjadi masalah. Betul kata pepatah, "Langit bukan selalunya cerah" Van Cikgu Mat rosak. Aduh berserabut betul lepala otak aku. Jam dah menunjukkan 10 pagi. Nasib baiklah dekat dengan bengkel kereta di Kangar. Tunggu sampai pukul 2.00 petang baru siap. Kepala dah serabut kena pula sampai RM360. Mak oii lagi la serabut. Mau tak mahu kena bayar dan bertolak juga ke Pak Bara. Masing-masing tak ceria... Masuk aja border, Yatim dah call. Macam dah tahu aku masuk border...

Perjalanan berjalan lancar, kami terus ke Pengkalan Pak Bara. Yatim dah pun tertunggu-tunggu. Semua nampak ceria semula apabila nampak laut dan pulau di sepamjang laluan ke jeti. Sebaik saja sampai hon pelepasan bot dah pun berbunyi. Yatim beritahu semua bot menunggu kami tiba baru di lepaskan. Kelam kabut juga kami menurunkan barang ke bot Yatim dan Yassin. Bot Yatim di ketuai aku sendiri, manakala bot Yassin Mat Yani jadi Taiko. Nak buat macam mana, dah tak ada orang lain. Cikgu Omar turut bersama bot Yassin. Maklumlah orangnya pun dah kerapkali turun ke Koh Adng. Apa pun dialah tempat rujukkan teman-teman yang belum pernah merasai tarikan ikan di Adang....


Masing-masing tersenyum bila dah berada ke laut. Aku macam biasa kemaskan barang dan terus rehat sekejap. Amran ( awak-awak) pula sedang memilih sayur dan ayam untuk makan malam . Cikgu Mat, Najhan, Said, Uncle dan Inn duduk di hadpan sambil berborak maklumlah kali pertama mari ke Adang.Masing-masing nampak seronok. Dalam kepala aku asyik dok pikiaq(kata orang Kedah) apa hal dengan Mat Yani , Faizal, dan yang lain, harap Cikgu Omar dapat bantu dia orang...

















Malam dah pun menjelma,bot Yatim dah pun parking di pulau berhampiran dengan Pulau Bulun. Bot Yassain pula terus ke Tarutau, nampaknya kami berpisah juga. Lepas solat Maqrib kami pun makan, boleh tahan juga masakan Amran, tak lah berapi (pedas)macam awak-awak lain masak. Sebaik saja habis makan , masing-masing bawak turun senjata dan buat persedian awal. Ada juga yang cuba mencandat sotong. Aku pula sambung tidur pasal letih memandu. Dua tiga kali juga tekong ubah pot sauk sotong pasal sotong nampaknya kurang.

Pukul 1 pagi bot dah pun bergerak ke Bulum, tekong beritahu nak ke Ko ROK. Baru aku faham kenapa dia tak ke Tarutau untuk sauk sotong. Ko Rok memang tempat yang banyak ikan besar terutamanya kerapu. Pernah team En Roslan(pegawai Public Bank) bersama Cikgu Shamwen memancing di Ko Rok bawa balik belasan ekor kerapu yang melebihi 10 kilo. Aku pun pernah juga ke sana. Hasilnya lumayan juga. Pot pertam kami mancing sekitar pulau Bulun. Semua bersemangat turunkan pancing. Tak sampai sepuluh minit tarikan pertama dirasai. Di henjut dengan kuat, tergaman aku tapi sayang terputus. Tekong kata Alu-alu, apa lagi masing-masing guna perambut steal bagi nak elakkan berputih mata. Tunggu beberapa ketika tak juga makan, tekong terus perjalan ke Ko Rok. Angin Timut bertiup kencang, alun nampaknya kuat. Ini membuatkan memancing pun tak selesa. Setiap kali mancing lubuk yang dikesan, bot sentiasa berubah kerana tiupan angin dan alun yang kuat. Kami berlindung di belakang pulau Bulun. Tekong geleng kepala bila tengok muka aku. Dia kata alun besar ak boleh ke Ko Rok. Frust juga aku......