APA KATA ANDA

SEMANGAT KENTAL JIWA TERUJI

PERINGATAN

Slaid Trip Sunyi

Memori


Slideshow

Jumaat, 11 Jun 2010










































Terangganu, sememangnya adalah tempat yang menjadi tumpuan bagi kaki pancing seluruh negeri. Bila sebut pelantar minyak dah tentu ikan GT atau lebih dikenali Gerepoh menjadi impian bagi setiap kaki pamcing. Ikan yang bersiz bagak dan berat puluhan kilo menjadi igaun dan angan-angan bagi kaki-kaki pancing laut dalam.

Oleh itu satu trip lagi telah dirancang sejak tahun lepas selepas balik dari Pelantar Minyak di perairan Trangganu. Bagi usaha memecah rekod yang di perolehi iaitu GT 35 KG yang berjaya dinaikkan oleh Amer (Mr Poper) . Hari Jumaat jam 6 petang kami bertolak dari rumah aku dan bertemu dengan Cikgu Syamwen di Kedai Nasi kandar di simpang empat Grik Pengkalan Hulu. Semua berjalan lancar pada mulanya, pertengahan perjalanan kereta buat hal pula... Suiz tingkap bau hangit, rupa-rupanya suiz pintu terbakar dan rosak. Aduhai ! masalah lagi. Mamak ( nama sebenar Hafizan) cuba baiki power window pajero tetapi tak boleh juga...Terpaksa la...kami bergerak dalam keadaan tingkap terbuka . Aku serabut kepala bila hujan semakin lebat bila ...apa nak buat, perjalanan diteruskan juga walaupun hujan. Setelah sampai di tempat pertemuan dengan Cikgu Syamwen, aku cari plastik untuk cover tingkap pajero..Nak beli plastik putih tapi tak ada. Jadi aku minta kat mamak casher tu plastik sampah...nasib baik ada boleh guna untuk cover cikgu Aris dari kena hujan...apa nak buat dah nasib badan...

Sepanjang perjalanan hujan turun, ada masa lebat dan tidak. Kami konvoi tiga buah kereta.Kereta Livina (Syamwen, Amer dan Rostam), Kereta Kia Caren ( Azuan dan Naim), manakala Pajero (Aku, Aris, Mamak dan Wan). Sepanjang perjalanan kami berhenti juga dua tuga tempat untuk minum, bukan apa untuk hilang rasa mengantuk dan letih memandu. Jam 5.30 pagi dah sampai Kuala Trangganu , kami minum dulu sebelum solat Subuh. Aku apalagi sambil duduk pun aku tidor,pasal dah tak tahan sangat mengantok. Lepas solat subuh kami pun bertolak ke Kuala Dungun , 2 jam lagi baru sampai. Mak oii ! jauh nya.......

Jam 8.30 baru sampai Kuala Dungun, terasa macam nak tercabut punggung bila dah sampai. Di pengkalan Kuala Dungun kami jumpa dua brother dari KL iaitu Jo dan Sarjen (Fauzi) aku pangil dia Sarjen pasal pakai baju celoreng askar US .Selepas itu baru jumpa Man dan Adib di warung sewaktu nak pergi makan. Isi perut adalah acara yang terpenting kalau nak turun ke Laut. Jangan biar kosong, kalau kosong itu punca segala mabuk laut dan pening lalat. Apa lagi kami bedal semahunya bukan apa pasak taiko bayar...makan pun agak padan la.....

Pukul 10.30 lebih kurang kami turunkan segala barang dan kelengkapan perang, masing-masing bersemangat bila nampak bot dan air laut. Segala penat dan letih hilang. Macam berat batu atas kepala dibuang kelaut... Bot nampak boleh tahan, besar dan bersih. Sebaik saja siap semua , tekong memberi isyarat dah boleh berbertolak. Tekong kami panggil abang Lan saja. merupakan pilot bot yang berpengalamn mancing di saluran paip minyak. Kami pun nak rasa juga macam mana mancing di paip minyak di Pelantar minyak Trangganu....

Perjalanan yang memakan masa 12 jam sebelum sampai pelantar minyak yang pertama. Perjalanan ini memakan masa yang singkat jika nak dibandingkan perlajanan dari Kuala Besut lebih kurang 15 ke 20 jam perjalanan. Masing-masing sebok dengan rod dan mesin, tak sabor dah nak mancing. Aku pula duduk rehat aje, bukan ape nak hilangkan rasa letih dulu sambil cari peluang nak sambung tidor yang tak cukup ....Pejam celik-pejam celik dah nampak dah pelantar minyak...Apa lagi masing-masing dah teruja macam nak terjun ke laut nak tangkap ikan...Aku baru selesai buat persedian rod dan mesin. Apollo dua mata ikut standart orang dah biasa mancing bottom di pelantar. Tali utama dan perambut kail 70 paun. Aku biasa di Adang hanya 40 hingga 60 paun saja. Di pelantar minyak ni lain sikit. Pasal Man kata ikan sini semua bagak-bagak. Merah 6-7 kilo kalau dapat. Jadi nak elak putus pakai tali tangsi besar sikit.

Awal-awal lagi tekong dah bagi tau, kalau bunyi hon sekali turun pancing, dua hon tarik atau karau pancing dan tiga kali hon berbunyi, agak-agak apa?
Rupa-rupanya dah habis masa...boleh belah balik da.... Tekong mulakan acara dengan mencari laluan paip..bila dapat lubuk, dia pun bunyi hon sekali. Apa lagi...Adib jadi orang pertama turun umpan sotong di ikuti Man, Mamak, Wan, Sarjan dan Jo. Aku, Syam , Tam Aris dan Amer masih lagi dok ambik mesin dan rod. Dalam kelam kabut Mesin Bangla Adib dah bunyi loceng...Itu tandanya Ikan dah pun mengena...Di ikuti dengan Bangla Azuan pula...pakat-pakat dok tunggu....Fuyyo rupanya merah dua-dua mesin bangla bawa naik...Apa lagi yang lain pun kelam kabut nak turun umpam termasuklah aku juga...



Selasa, 4 Mei 2010

Trip Terangganu ke Pelantar Minyak
5 - 9 Jun 2010

Trip Koh Adang Thailand-Nok Kiau

23-26 November 2010

Trip Koh Adang Thailand-Nok Kiau

1 - 4 Disember 2010

Trip Koh Adang Thailand-Nok Kiau

15 - 18 Disember 2010






Selasa, 23 Mac 2010

Trip Nok Kiau kali ini bersama dengan Bot Muda. Anggota trip kali seramai 9 orang yang terdiri daripada otai-otai yang biasa laut dalam. Walaubagaimana pun terdapat juga anggota yang belum pernah pergi memancing di Koh Adang. Mereka ni dah pun kena racun oleh otai-otai Selama seperti Pak Din dan Pak Akim. Trip ini kami bawa dua pancuan empat roda, apalagi kalau tak Pajero aku dan Si Mamat. Mamat ni adalah anggota paling muda sekali. Tak taulah macam mana dia boleh kawan orang-orang tua ni.....Aku pun heran. Pasal kawan otai-otai inilah baru bapa dia bagi lesen beb........Apa lagi seronok sakan la dia...

Jam 8.00 pagi semua dah berumpul di rumah aku dan masing-masing nampak ceria macam dah tak sabar nak turun ke laut. Kami bergerak melalui lebuhraya Jawi terus ke Changloon. Kedai yang biasa kami tukar duit Thai tutup, jadi terpaksalah pergi ke kedai sebelah. Segala barang makan dan minum kami beli di Perlis. Tuan kedai tesenyum lebar pasal banyak nya barang yang kami beli , hampir RM 200. Perjalanan berjalan dengan lancar dan baik tak seperti perjalanan tahun lepas. Macam-macam masalah kami hadapi. . Masing-masing sebok nak cari makan, maklumlah lapar bebenor...kami singgah makan di kedai periuk besar, semua lauk pauk dalam periuk besar-besar saja. Apa lagi pakat makan sehingga menjilat jari... Sampai di border jam hampir 2.00 ptg. Segala urusan aku uruskan kecuali cop pasport atau border masing-masing setel sendiri.

Perjalanan dari border ke Pakbara mengambil masa 1 jam 30 minit, itu pasal bergerak sambil makan angin. Tapi kalau pecut 110km masa yang diambil hanya sejam lima belas minit aje... Tetapi keselamatan pengguna jalanraya ke bagi keutamaan kalau tak nak masuk dalam...

Keperluan seperti beras, ayam, ikan ,sayur dan barangan yang lain kami beli di pasar Pekan Langu. Selesai aja semua beredar ke pengkalan. Muda dan Abdullah dah pun tunggu kami, Masing-masing teruja-teruja apabila ada sebuah bot yang baru balik dari Nok Kiau membawa hasil tanggkapan yang banyak. Jenahak saja melebihi 12 ekor tak termasuk spises ikan yang lain. Kami masing-masing tersenyum dan mengharap satu harapan yang menggunung. Supaya rezeki kami juga seperti yang dilihat tadi atau pun lebih dari itu...Sebaik saja semua keperluan siap di naikkan ke dalam bot. Muda mula menggerakkan bot ke Pulau Tarutau untuk acara mencari umpan sotong hidup. Masing -masing berasa lega bila dah berada dalam bot, terutama si Mamat, Din, Ishak dan Din Telikom. Pak DIn dan Akim dah biasa....







Amran (awak-awak) dah mula selongkar dapur. Semua racen yang dibeli, dia ambil dan simpan. Dia mula nak masak untuk makan malam. Perjalanan ambil masa 2 jam ke Tarutau, biasa la bagi yang dah pernah datang mancing di sini.... Kami yang belum solat pakat-pakat sedar diri akan kewajipan tu... Ada yang mandi dan ada yang naik atas bot untuk solat... dan tunggu sampai masuk waktu maqrib. Lepas maqrib semua pakat bedal di bawah pula. Bukan apa..bila jalan jauh ni ..masing-masing cepat lapar....

Malam saja ada la sahabat-sahabat kita nak candat sotong, bukan apa bila depa tengok tekong dah mula turun candat. Maka tangan pun dah rasa gatal nak buat juga...Aku pun bawa keluar candat yang ada begitu juga dengan Cikgu Aris... Tangan Ishak ni di kira ong juga lah. Bila ada juga sotong yang dia berjaya tipu. Apa lagi senyum lebar lah. Jam 10 malam tekong dah mula menyauk sotong. Mak datuk..banyak nya.. Dua tiga kali sauk aja dah penuh palong dengan sotong hidup. Tekong dah ambik bakul untuk isi dengan sotong yang lebih tu...dapat dua bakul. Semua rasa seronok..tapi aku rasa tak sedap hati..bukan apa takut bila umpan jenuh...ikan pun kurang nak makan umpan kail kita....Biasa kamo bawa balik sotong dua tong coolman tapi ikan tak ada..itu yang aku risau tu... Apa pun rezeki tu Allah yang tetapkan . Kalau ada tak lari ke mana.......