APA KATA ANDA

SEMANGAT KENTAL JIWA TERUJI

Slaid Trip Sunyi

Memori


Slideshow

Selasa, 23 Mac 2010

Trip Nok Kiau kali ini bersama dengan Bot Muda. Anggota trip kali seramai 9 orang yang terdiri daripada otai-otai yang biasa laut dalam. Walaubagaimana pun terdapat juga anggota yang belum pernah pergi memancing di Koh Adang. Mereka ni dah pun kena racun oleh otai-otai Selama seperti Pak Din dan Pak Akim. Trip ini kami bawa dua pancuan empat roda, apalagi kalau tak Pajero aku dan Si Mamat. Mamat ni adalah anggota paling muda sekali. Tak taulah macam mana dia boleh kawan orang-orang tua ni.....Aku pun heran. Pasal kawan otai-otai inilah baru bapa dia bagi lesen beb........Apa lagi seronok sakan la dia...

Jam 8.00 pagi semua dah berumpul di rumah aku dan masing-masing nampak ceria macam dah tak sabar nak turun ke laut. Kami bergerak melalui lebuhraya Jawi terus ke Changloon. Kedai yang biasa kami tukar duit Thai tutup, jadi terpaksalah pergi ke kedai sebelah. Segala barang makan dan minum kami beli di Perlis. Tuan kedai tesenyum lebar pasal banyak nya barang yang kami beli , hampir RM 200. Perjalanan berjalan dengan lancar dan baik tak seperti perjalanan tahun lepas. Macam-macam masalah kami hadapi. . Masing-masing sebok nak cari makan, maklumlah lapar bebenor...kami singgah makan di kedai periuk besar, semua lauk pauk dalam periuk besar-besar saja. Apa lagi pakat makan sehingga menjilat jari... Sampai di border jam hampir 2.00 ptg. Segala urusan aku uruskan kecuali cop pasport atau border masing-masing setel sendiri.

Perjalanan dari border ke Pakbara mengambil masa 1 jam 30 minit, itu pasal bergerak sambil makan angin. Tapi kalau pecut 110km masa yang diambil hanya sejam lima belas minit aje... Tetapi keselamatan pengguna jalanraya ke bagi keutamaan kalau tak nak masuk dalam...

Keperluan seperti beras, ayam, ikan ,sayur dan barangan yang lain kami beli di pasar Pekan Langu. Selesai aja semua beredar ke pengkalan. Muda dan Abdullah dah pun tunggu kami, Masing-masing teruja-teruja apabila ada sebuah bot yang baru balik dari Nok Kiau membawa hasil tanggkapan yang banyak. Jenahak saja melebihi 12 ekor tak termasuk spises ikan yang lain. Kami masing-masing tersenyum dan mengharap satu harapan yang menggunung. Supaya rezeki kami juga seperti yang dilihat tadi atau pun lebih dari itu...Sebaik saja semua keperluan siap di naikkan ke dalam bot. Muda mula menggerakkan bot ke Pulau Tarutau untuk acara mencari umpan sotong hidup. Masing -masing berasa lega bila dah berada dalam bot, terutama si Mamat, Din, Ishak dan Din Telikom. Pak DIn dan Akim dah biasa....







Amran (awak-awak) dah mula selongkar dapur. Semua racen yang dibeli, dia ambil dan simpan. Dia mula nak masak untuk makan malam. Perjalanan ambil masa 2 jam ke Tarutau, biasa la bagi yang dah pernah datang mancing di sini.... Kami yang belum solat pakat-pakat sedar diri akan kewajipan tu... Ada yang mandi dan ada yang naik atas bot untuk solat... dan tunggu sampai masuk waktu maqrib. Lepas maqrib semua pakat bedal di bawah pula. Bukan apa..bila jalan jauh ni ..masing-masing cepat lapar....

Malam saja ada la sahabat-sahabat kita nak candat sotong, bukan apa bila depa tengok tekong dah mula turun candat. Maka tangan pun dah rasa gatal nak buat juga...Aku pun bawa keluar candat yang ada begitu juga dengan Cikgu Aris... Tangan Ishak ni di kira ong juga lah. Bila ada juga sotong yang dia berjaya tipu. Apa lagi senyum lebar lah. Jam 10 malam tekong dah mula menyauk sotong. Mak datuk..banyak nya.. Dua tiga kali sauk aja dah penuh palong dengan sotong hidup. Tekong dah ambik bakul untuk isi dengan sotong yang lebih tu...dapat dua bakul. Semua rasa seronok..tapi aku rasa tak sedap hati..bukan apa takut bila umpan jenuh...ikan pun kurang nak makan umpan kail kita....Biasa kamo bawa balik sotong dua tong coolman tapi ikan tak ada..itu yang aku risau tu... Apa pun rezeki tu Allah yang tetapkan . Kalau ada tak lari ke mana.......