APA KATA ANDA

SEMANGAT KENTAL JIWA TERUJI

PERINGATAN

Slaid Trip Sunyi

Memori


Slideshow

Rabu, 30 Disember 2009






Trip Sunyi itulah nama bagi trip kali. Bagaikan serabut buah nyok(kata orang kedah) bila orang yang kata nak pergi tak jadi pergi. Yang tinggal hanya aku, Cikgu Wahai dan Adi (anak saudara) terpaksa lah cari Paksu (bapa saudara). Jadi yang pergi hanya empat orang dengan menaiki kereta Pajero aku...Apa nak buat dah nasib. Itulah kalau dah jadi organizer. Risikonya banyak kalau ada masalah. Memang tak patut kalau ada kekawan kata yang jadi organizer kaut untung besar. Baru aku faham bila dah jadi organizer ni....


Walaupun empat orang kami pergi juga 4 hari 3 malam. Aku bukan jenis suka mungkir janji. Kalau dah janji dengan tekong empat hari tiga malam, tetap aku tunai janji....bukan apa ! kita pun tak suka kalau orang mungkir janji dengan kita...


Lapan pagi dah bertolak ke Wang Kelian Border, singgah Gurun ambil anak saudara dan bapa saudara aku. Lepas border pukul satu petang. Pak Yatim dah macam tau kami masuk border Thailand. Dia call aku dari Ranong (bawa Cikgu Syamwen bayar deposit bot Burma Bank), aku bagi tau pukul 3.30 sampai Pak Bara. Kami singgah Pekan Langu beli barang makan dan umpan mati. Sampai saja di pengkalan dah nampak tekong (Muda) dan awak-awak dah tunggu. Apa lagi kami masukkan semua barang dalam bot. Empat orang yang pi dah tentu barang takbanyak. 15 minit semua barang dah ada dalam bot. Nampaknya semua bot tersadai di pengkalan, tak ada ada bot lain pun yang keluar. Tekong geleng kepala sambil tersenyum bila aku bagi tau hanya empat orang saja kami memancing.

Bot Muda terus bergerak ke Pulau Tarutau untuk mencari sotong. Emran dah mula menyusun barang dan bahan untuk memasak. Dia bagi tau menu malam ini telor dadar, gulai ayam dan nasi, menu biasa pada hari pertama di laut. Bila sampai Tarutau,tekong gelak besar pada kami sambil kata sunyi, hairan juga aku. Bila tengok sekeliling baru aku fahan rupanya tak ada satu bot pun yang turun memancing. Hanya ada bot kami saja. Bila gelap memang sunyi sausananya tak seperti trip-trip yang lalu. Cikgu Wahai cadang dinamakan trip ini trip sunyi.....



Sotong memang banyak, enam kali sauk aja dah beratus ekor yang dapat. Paksu macam biasa kalau tekong berhenti menyauk dia terus mencandat sotong. Dapat juga dia naikkan lima enam ekor, lepas gian lah tu.... Pukul 2 pagi tekong dah menggerakkan bot ke Koh Leh iaitu pulau yang terletak di tengah-tengah antara Koh Adang dan Tarutau. Dari Tarutau 3 jam perjalanan. Paham-paham sajalah bagi yang dah biasa ke Koh Adang.Wahai dah pun turunkan umpan , dituruti Adi dan Paksu. Aku baru cakuk kan sotong di mata kail. Paksu dah pun naikkan kerapu. Lesen pertama Paksu. Yang lain asyik dok tunggu habuan masing-masing.


Masing-masing dah bersedia dengan joran , sebaik saja bot dah parking di pot atau lubuk, umpan sotong hidup di turunkan dengan harapan jenahak atau ikan yang mega-mega membaham umpan sotong tersebut. Biasanya ikan Jenahak dan spesis yang besar suka membaham sotong hidup pada awal pagi. Jam dah pun menunjukkan lima pagi tapi belum ada spesis bersisik emas naik menjadi habuan kami..


Muda jerit karau bila masing-masing tak ada tarikan. Bot dihalakan terus ke belakang Pulau Lipis. Setahu aku Pulau Lipis ini memang tumpuan pemburu ikan bersisik( Jenahak) dan juga Ebek. Dah beberapa kali aku dah biasa menarik Ebek, Blue GT dan ikan Rambai saiz bersekala 2 sehingga 3 kilo,. Semua rasa tak sabar nak rasa tarikan ikan ini. Bila bot sudah pun berlabuh, semua menurunkan joran masing-masing. Seperti yang dijangka Wahai menerima sentapan yang agak kuat, gaya tarikan ikan dah boleh dijangka, seekor anak ikan Rambai dinaikkan oleh Wahai. Senyuman ala Sarjan misai dalam cerita gerak khas di TV....maklum lah dapat ikan. Kini giliran Paksu pula menerima asakan. Ikan sama spesis juga menjadi habuan . Aku juga yang menanti penuh pengharapan. Asyik do berangan Adi pula menerima henjutan. Boleh tahan henjutan ikan ini, Gaya larian lain sikit dari Rambai. Tak sampai 8 minit dah pun nam[ak kelibat ikan, rupanya GT Blue menjadi habuan Adi. Walau pun tak besar tapi mainannya boleh tahan kalau kena dengan mesin dan Rod yang ringan.

























Sabtu, 28 November 2009





























Trip kali ini disertai enam kakipancing iaitu Saed, Cikgu Aris, Tam dan aku sendiri serta di sertai dua muka baru Hanif (geng Dalak Sipitang, Sabah ) dan Aad. Trip kali ini tinggal enam aje pasal ada yang tarik diri. Walaupun begitu kami tetap pergi juga. 8.30 semua dah siap dan bertolak ke Changlon. Masing-masing dah bersemangat bila nak pergi mancing. Pukul 10 kami dah sampai pekan Changlon, biasa la inilah tempat buat insuran kereta dan tukar duit RM kepada Bath. Selesai aja urusan semua bergerak ke Wang Kelian, border Malaysia dan Thailand. Macam biasa selepas dah cop di imigresen Malaysia kena pula cop masuk sebelah Thailand. Yang tak tahan tu bila cop kena bayar seringgit manakala kereta pula RM 10. Kalau sehari ada 100 biji kereta. Bayangkan dah berapa yang dapat. ......

Khamis, 8 Oktober 2009











Trip yang diketuai oleh aku kali ini disertai seramai enam orang. Iaitu Cikgu Omar, Cikgu Aris, Emy, Pa Ai (ipar aku) dan Adi (anak saudara aku). Sasaran trip kali ini ialah ke No Kiau, biasa la tempat yang menjadi kegilaan ramai kaki pancing jika bertandang ke Koh Adang Thailand.

Semua kumpulan bertolak dari rumah cikgu Syamwen di Padang Serai. Laluan yang dipilih ialah lebuhraya Utara-Selatan sebab tak diganggu masalah sesak. Terus ke Changlun dan Kangar, 2 jam dah sampai kaki Bukit Wang Kelian. Kedai Apek di Kaki Bukit menjadi tempat persinggahan sebelum masuk border.Mana-mana kekawan yang nak beli apa yang tak ada boleh beli di situ tak kira mata kail, batu atau mesin pun boleh. Toke dia kami panggil Apek aja..


Bot lain yang turut sama ialah bot dari group Cikgu Syamwen disertai Sam, Misai, Arip dan beberapa orang yang dah biasa bertandang ke Adang. Malam pertama semua dah lentok awal pasal tekong ambil sotong di pulau yang berdekatan dengan Pakbara(jeti). Kawasan yang cetek memudahkan tekong menyauk sotong. Jam menunjukkan 11 malam , tekong dah mula memadam lampu besar dan menyalakan lampu merah. Mak oiii! banyak juga sotong yang naik.Bulan yang gelap memudahkan penangkapan sotong ini. Rupa-rupanya sotong memang tertarik dengan nyalaan lampu merah.

Jam dah menunjukkan 2 pagi. Tekong Arun dah pun mengarahkan Mae (awak-awak) menaikkan sauk sotong dan menyimpan buluh. Kami bergerak ke Adang. Semua kembali tidur sementara bot bergerak ke Pulau Andang memakan masa 5 jam. Hari dah cerah masing-masing dah pun selesai Solat Subuh. Pulau Adang sudah pun kelihatan Tapi belum lagi sampai pot yg dihajati.

Bila bot berlabuh,sonar menunjukkan dibawah ada karang masing-masing sebok menurunkan joran. Keadaan menjadi riuh bila Adi menaikkan kerapu,tak lah besar tapi dah dapat lesen dah dikira ok. Aris,Cikgu Omar dan Emy saling bersilih ganti menaikkan ikan anggaran 200-300 gram. Aku juga yang belum lagi. Hairan setiap kali datang memancing,aku juga yang lambat menaikkan ikan.Agaknya kena mandi bunga kot..... Arun berubah tempat beberapa kali apabila ikan kembali menyepi dan hasilnya agak kurang.




Malam hampair tiba dan dah menjadi kebiasaan. Semua orang menukarkan teknil pancingan dari teknik Apollo kepada perambut panjang bermata kail satu. Maklumlah masing-masing hendak memburu Jenahak. Aris berjaya menaikkan ikan Alu-alu diikuti dengan Adi hasil yang sama. Cikgu Omar dah pun mabuk laut. Walaupun begitu dia masih bersemangat nak memancing.Dia berjaya menaikkan ikan landuk anggaran 400 gram. Emy juga berjaya naikkan tanda. Hasil malam itu jurang memuaskan. Hanya Alu-alau saja yang asyik membalas umpan,Jenahak yang diidam tak dapat. Kempunan aku.




Esok pagi kami mendapat maklumat Bot Syamwen menghala ke Nok Kiau. Kami semua seronok tak terkira, bukan apa, jarang sekali boleh ke Nok Kiau jika cuaca tak mengizinkan. Dalam perjalanan Arun melalui belakang Pulau Koh Adang. Tiba-tiba Arun berhenti bila Sonar mengesan kawasan karang yang berbatu. Kami bersetuju untuk mencuba nasib bila Arun menberitahu lubuk itu ada kerapu besar. Biala kami lihar Arun sebok memasang koyan, kami yakin ada kerapu besar dibawah. Cikgu Aris sambail bergurau menasihat kawan-kawan supaya ikat rod pancing. Tiba-tiba Rod dan mesin Shimano Bait Runner 4500 dia sendiri terjun ke dalam laut bila dienjut dengan kuat. Berputeh mata Cikgu Aris tak terkata apa-apa. Kami senua senyum kambing aje...Arun mengatakan kerapau tersebut belasan kilo. Apa lagi kami semua siap sedia jika di enjut. Rod Adi di enjut kuat tapi tak lekat mata kail. Frust dibuatnya bila Rod Ugly Stik aku patah di hujung. Akhir Cikgu Aris tersenyum lebar bila Rodnya dienjut kuat, Dengan penuh bergaya berjaya menaikkan Kerapi 7 kg. Begitu juga Adi bila berjaya menaikkan kerapu 6 kg. Masing-masing puashati biladapat kerapu yang bagak-bagak. Aku hanya tersenyum walau pun tak dapat yang besar tapi yang kechil aje...


Arun berjaya menaikkan kerapu lagi dalam anggaran 6 kg dengan dituruti Mae(awak-awak) dengan menggunakan koyan sahaja. Jelous aku dibuatnya.









Bersambung cerita nanti......

Khamis, 17 September 2009

Trip pada 11 September yang lalu ke Koh Adang telah dirancang bersama Cikgu Syamwen. Perjalanan ke sana terpaksa di lakukan jam 5 petang, maklumlah nak bagi kekawan yang jaga UPSR boleh pi sama. Trip kali ini seramai 8 orang, 4 orang lama yang biasa pergi dibulan puasa iaitu Cikgu Kassim,saya(Abas),Cikgu Syam dan Cikgu Aris. Manakala 4 lagi muka baru. Baru nak mencuba trip bulan puasa. Perjalanan yang lewat menyebabkan kami terpaksa berbuka puasa di Changlun,Jitra. Pekena nasi kandar Yasmin. yang memang bukan kegemaran Aku.

Lepas tu semua sambung perjalanan ke Danok,perjalanan ke Pakbara dari Danok 3 jam. Mak oii, lengoh habis punggung dan badan. Lalauan pula ikut jalan ke Hatnyai, sebut Hatnyai jangan dok pikiaq biru tau nanti jadi haru biru pula...
Kenderaan yang diguna Pajero,Trooper Isuzu dan Avanza. Asyik-asyik Pajero juga yang terbelakang. Nasib baik Taiko Syamwen tidur, terpaksalah yang lain ikut Drebar Pajero yang biasa dah dengan jalan tu..tepat pukul 12 sampai Pakbara. Pak Yatim dah tunggu dan bawa kami ke Chalet di tepi pantai. Lepas Chek in dan solat jamak kami semua keluar cari makan,aduhai semua kedai dah tutup. Pukul 12 di Pakbara memang dah tak ada kedai buka. Nasib baik ada satu kedai , itupun nasib ada nasi.Kami sahur terus dengan makan nasi ayam saja. Bila tengok tuan kedai memang mengkelan nak telan tapi dah terpaksa.Kenalah juga telan.


Esok lepas jumaat kami bertolak ke Koh Bulun dengan bot Arun. 2 jam saja dah sampai tempat sasaran mancing. Macam biasa Aris adalah orang pertama naik ikan kerapu. Lepas tu Asri, Wan serta Naim. Aku juga yang kumpau. Hasil petang tu tak lah mengancam.Masing-masing nampak suram aja pasal tak ada ikan yang bagak-bagak. Lewat petang Arun ubah bot pi cari sotong hidup. Kami ingatkan mancing kali ini nak guna yang mati aja. Mae (awak-awak) dah siap masak untuk berbuka,masuk aje waktu berbuka semua pakat serbu maklumlah makan di laut apa pun sedap. Malam saja Mae awak-awak candat sotong. Asri,Naim Aris dan Aku pun nak cuba juga candat manalah tau dapat yang besar nanti. Sotong yang di saut Arun agak banyak cukup untk sehari semalam. Sementara nak bergerak kami solat jamak dan terawih dulu. Lapan pun tak apa janji buat nanti rugi..


Pukul 11.30 Arun bawa kelubuk sekitar Koh Bulun. Aris yang lentok berjaya menaikkan Alu-alu. Aku pula seekor anak cupak aja. Asri Kola Nerang dah bagi isyarat asyik dok jerkah laut (loghat Kedah) yang lain dok perli saja. Taiko Syamwen pun senyum melebar...Wan dah pun nakkan ikan kerapu begitu juga Cikgu Kassim dok bedal Alu-Alu. Malam tu Cikgu Kassim juara Alu-Alu. Malam berlalu cepat jam dah 2 pagi hasil masih lagi sikit. Asri Kola Nerang dan Wan dah kecundang. Dah masuk wad 8. Taiko Syamwen mula dok masak sotong dan cendawan celup tepong. Mak tak tahan baunya. Ada la kekawan gatai tangan dok kebas sikit-sikit termasuklah Aku...he.he..he.. Dah siap semua bangun pakat bedal,cicah dengan sos cili. Naim dan Asri tak ketinggalan.

Lepas bersahur ami sambung lagi mancing. Wan dan Asri Kola Nerang masih lagi dok pening lalat lagi. Naim pun dok rasa-rasa tetapi masih bertahan sampai pagi. Lepas solat subuh kami pindah pot baru tetapi hasil tetap kurang. Hai tension juga dibuatnya.Aku mula rasa tak sedap badan bila sendawa bau minyak sotong celup tepung buat aku rasa pening. Dah tak tertahan akhirnya muntah juga aku. Pecah rekod aku.Kalah juga akhirnya setelah 11 tahun berkecimpung dalam bidang memancing. Nampaknya tergolong juga dalam kumpulan Asri dan Wan...



Dalam asyik bersembang Kassim menjerit dan tersenyum lebar apabila kerapu lagi yang dibawa naik,apa lagi berposing lagi la depan kamera. Asri juga tak tunggu lama bila berjaya naikkan ikan Kaci spesis tebal mulut.Sampai tengahari dua tiga tempat Arun ubah tempat hasil tetap sama. Di pot yang terakhir baru ada hasil...Taiko Shamwen terus labuhkan umpan hidup...Fuyoh dah tarik dah naik Tanda dalam 1 kg. Semangat kekawan yang lain pun dah ada semula. Naim bawa naik Kerapu bersambung dengan Asri pula landuk dan kerapu. Aku pun bawa naik kerapu juga. Cikgu Aris jeling aja bila kekawan bawa naik. Tension la tu... Lepas tu dia juga menaikkan ikan Gerut-Gerut.Baru hilang tension dia...



















Jam dah pun menunjukkan 3 petang.Kami terpaksalah melabuhkan tirai trip kali ini walaupun berat hati nak balik.Esok dah nak kerja pula.Kalau lewat terlepas masuk border wang Kelian terpaksa balik ikut Hanyai.Jauh tu...3 jam. Kalau Wang Kelian 1 jam saja dah boleh masuk Perlis. Kami bahagi ikan di Changlon tapak parking kereta depan restoren Yasmin selepas berbuka Posa... jam 12 tengah malam baru sampai rumah. Mak oii letihnya...Ok jumpa lagi trip bulan 11 dan 12 nanti. Ada 5 trip lagi sepanjang cuti hujung tahun ini.....

Ahad, 23 Ogos 2009
















































Trip ke laluan kapal di Penang ini disertai 10 orang. Trip memancing selama tiga hari dua malam ini menggunakan perkhidmatan bot Ah Seng. Seperti biasa kami pergi pada hari Jumaat selepas menunaikan solat Jumaat. Bot kami singgah di spot yang pertama iaitu diantara kapal karam Jepun selepas sejam bergerak dari pengkalan. Ini seronoknya mancing di Penang,sejam saja perjalanan dah boleh memancing. Tak sama kalau pergi mancing di Koh Adang, Thailand kena bergerak berjam-jam baru sampai pengkalan Pak Bara.

Dalam perjalanan ini, semua orang dah pun bersiap sedia dengan peralatan memancing masing-masing. Tapi bagi yang belum bersiap sedia,kelam kabut dok prepair peralatan memancing. Maklumlah sejam aje perjalanan ke spot yang pertama. Bila aje sampai masing-masing cepat-cepat melabuh joran masing-masing.



Macam biasa orang pertama yang menaikkan ikan ialah Murad, anak kerisi, walaupun tak besar tapi buat kawan-kawan kelam kabut geram tengok habuan pertama. Orang belakang bot juga dapat sentapan, nampak macam besar tapi bila naik aduh ...kecik. Kecewa juga Abang Said kita bila yang naik ikan kerisi juga. Nampaknya lubuk kerisi yang kami jumpa. Banyak juga ikan kerisi yang kami dapat. Perjalanan kami teruskan sampai kelaluan kapal. Ada juga dua tiga tempat yang kami singgah tapi kurang memberangsangkan.


Dua jam perjalan dari tempat yang pertama kami dah sampai kelaluan kapal. Ada juga bot-bot nelayan mencari lubuk-lubuk ikan. Kami macam biasa turunkan joran. Hari dah pun senja menandakan masuk maqrib. Solat maqrib tetap ditunaikan walaupun ditengah laut. Sebaik saja solat joran Paksu di rentap ikan, boleh tahan tarikannya. Paksu mengerahkan tenaga walaupun dah masuk kategori vateran tapi pengalaman dan ketangkasan beliau berjaya menaikkan ikan merah seberat 3 kg. Walaupun tak besar tapi lawan nya boleh tahan. Ustaz Aziz pun tak ketinggalan, sedang dok asyik melayan perasaan, tiba-tiba rasa ada getuan dari ikan. Ingatkan anak, tapi bila di sentap baru terasa berat tarikannya. Tersenyum panjang kawan bila yang diidam dah datang. Mak oii besar juga 3 kg berat macam ikan merah yang Pak su dapat.

Nampaknya semua kekawan dah rasa geram, dok menanti kilauan emas laut (jenahak) menarik joran.masing-masing. Kini tiba giliran cikgu Aris pula, joran di enjut kuat, tersenyum cikgu Aris bila tengok jorannya di enjut setelah hirisan umpan ikan temenung ditelan. Maklumlah orang berpengalaman sekali enjutan dah tahu ikan apa yang naik. Tepat ramalan beliau ikan jenahak juga yang naik, kilauan emas membuat semua orang tersenyum. Malam terus berlarutan sampai pagi, Jenahak berjaya dinaikkan juga oleh Halim. Tesengih panjang bila kilauan dan kelibat ikan dah nampak. Purata malam itu ikan jenahak 3kg sehingga 4 kg sahaja. Tak ada yang besar melayan upan yang di beri. Esok seawal sesudah solat subuh masing-masing mencuba lagi nasib ikan kerisi masih lagi menjadi habuan pemancing-pemancing tegar ini.

Ah Seng sekali lagi mengubah pot mancing ke tukun-tukun yang ada sekitar laluan kapal. Memang banyak tukun terdapat dilaluan kapal ini semua di tanda dengan boya polistrin. Memang bebaloi bila ikan kerisi,kerapu dan merah berjaya di naikkan. Saya sendiri telah menaikkan kerisi. Bila isi ikan dihulur dengan pantas disahut ibu kerisi. Umpan sotong kurang memberangsangkan ditukun ini. Bila umpan diturun sekali lagi enjutan kuat terasa. Ikan apa yang memakan umpan menjadi tanda tanya. Sifat lawan agak kuat. Setelah bertarung 10 minit rupa-rupanya ikan merah 3.1 kg yang menjadi habuan.

Jam dah pun menunjukkan 10 pagi giliran Pizol pula mendapat habuan, nampaknya apollo tiga mata menjadi target ikan. Tarikan nampaknya lebih kuat dari tarikan saya tadi. Dengan menggunakan mesin elektrik yang kecil, terbatuk-batuk juga di buatnya. Kawan-kawan asyik perli aje bila tengok mesin asyik terhenti-henti bila ikan melawan tarikan. Ada yang kata baling saja dalam laut buat tukun. Tersengeh Pizol sambil hati berdebar-debar. Fuyyo bila naik nampak ikan merah dan kerapu bara yang terlekat pada mata kail apollo. Giliran kawan-kawan pula kena belasah denga Pizol..he he he... Murad juga menaukkan kerapu bara tersenyum lebar Murad. Abang Said pula menaikkan ikan belitong di belakang bot. Macam pesta bila semua pakat bawa naik ikan. Aku juga yang...tersenyum kambing. Halim berjaya menaikkan dua ekor kerisi (ibu dan anak) ibu kerisi 2 kg.

Malam dah berlabuh umpan sotong kurita di turunkan , tunggu agak lama tapi umpan belum disentuh ikan emas laut (jenahak). Bila asyik termenung sambil berangan-angan ikan besar, terasa macam umpan dimakan. Tangan memegang joran dengan erat. Bila umpan diragut terus aku menyentap. Baru rasa lega bila ikan berlawan dan itu menandakan ikan dah terjerat. Debaran makin terasa bila fikiran takut rabut bermain di minda. Selepas lebih kurang 10 minit ikan dah tak terlawan,aku berjaya menaikkan jenahak, spesis yang sentiasa berjaya dinaikkan bila bertandang ke Laut Penang. Trip kali menjadi kepuasan bila ada hasil jenahak dibawa pulang. Insya Allah kami akan datang lagi dilain hari...