APA KATA ANDA

SEMANGAT KENTAL JIWA TERUJI

PERINGATAN

Slaid Trip Sunyi

Memori


Slideshow

Rabu, 30 Disember 2009

Trip Sunyi 1- 4 Dec 2009






Trip Sunyi itulah nama bagi trip kali. Bagaikan serabut buah nyok(kata orang kedah) bila orang yang kata nak pergi tak jadi pergi. Yang tinggal hanya aku, Cikgu Wahai dan Adi (anak saudara) terpaksa lah cari Paksu (bapa saudara). Jadi yang pergi hanya empat orang dengan menaiki kereta Pajero aku...Apa nak buat dah nasib. Itulah kalau dah jadi organizer. Risikonya banyak kalau ada masalah. Memang tak patut kalau ada kekawan kata yang jadi organizer kaut untung besar. Baru aku faham bila dah jadi organizer ni....


Walaupun empat orang kami pergi juga 4 hari 3 malam. Aku bukan jenis suka mungkir janji. Kalau dah janji dengan tekong empat hari tiga malam, tetap aku tunai janji....bukan apa ! kita pun tak suka kalau orang mungkir janji dengan kita...


Lapan pagi dah bertolak ke Wang Kelian Border, singgah Gurun ambil anak saudara dan bapa saudara aku. Lepas border pukul satu petang. Pak Yatim dah macam tau kami masuk border Thailand. Dia call aku dari Ranong (bawa Cikgu Syamwen bayar deposit bot Burma Bank), aku bagi tau pukul 3.30 sampai Pak Bara. Kami singgah Pekan Langu beli barang makan dan umpan mati. Sampai saja di pengkalan dah nampak tekong (Muda) dan awak-awak dah tunggu. Apa lagi kami masukkan semua barang dalam bot. Empat orang yang pi dah tentu barang takbanyak. 15 minit semua barang dah ada dalam bot. Nampaknya semua bot tersadai di pengkalan, tak ada ada bot lain pun yang keluar. Tekong geleng kepala sambil tersenyum bila aku bagi tau hanya empat orang saja kami memancing.

Bot Muda terus bergerak ke Pulau Tarutau untuk mencari sotong. Emran dah mula menyusun barang dan bahan untuk memasak. Dia bagi tau menu malam ini telor dadar, gulai ayam dan nasi, menu biasa pada hari pertama di laut. Bila sampai Tarutau,tekong gelak besar pada kami sambil kata sunyi, hairan juga aku. Bila tengok sekeliling baru aku fahan rupanya tak ada satu bot pun yang turun memancing. Hanya ada bot kami saja. Bila gelap memang sunyi sausananya tak seperti trip-trip yang lalu. Cikgu Wahai cadang dinamakan trip ini trip sunyi.....



Sotong memang banyak, enam kali sauk aja dah beratus ekor yang dapat. Paksu macam biasa kalau tekong berhenti menyauk dia terus mencandat sotong. Dapat juga dia naikkan lima enam ekor, lepas gian lah tu.... Pukul 2 pagi tekong dah menggerakkan bot ke Koh Leh iaitu pulau yang terletak di tengah-tengah antara Koh Adang dan Tarutau. Dari Tarutau 3 jam perjalanan. Paham-paham sajalah bagi yang dah biasa ke Koh Adang.Wahai dah pun turunkan umpan , dituruti Adi dan Paksu. Aku baru cakuk kan sotong di mata kail. Paksu dah pun naikkan kerapu. Lesen pertama Paksu. Yang lain asyik dok tunggu habuan masing-masing.


Masing-masing dah bersedia dengan joran , sebaik saja bot dah parking di pot atau lubuk, umpan sotong hidup di turunkan dengan harapan jenahak atau ikan yang mega-mega membaham umpan sotong tersebut. Biasanya ikan Jenahak dan spesis yang besar suka membaham sotong hidup pada awal pagi. Jam dah pun menunjukkan lima pagi tapi belum ada spesis bersisik emas naik menjadi habuan kami..


Muda jerit karau bila masing-masing tak ada tarikan. Bot dihalakan terus ke belakang Pulau Lipis. Setahu aku Pulau Lipis ini memang tumpuan pemburu ikan bersisik( Jenahak) dan juga Ebek. Dah beberapa kali aku dah biasa menarik Ebek, Blue GT dan ikan Rambai saiz bersekala 2 sehingga 3 kilo,. Semua rasa tak sabar nak rasa tarikan ikan ini. Bila bot sudah pun berlabuh, semua menurunkan joran masing-masing. Seperti yang dijangka Wahai menerima sentapan yang agak kuat, gaya tarikan ikan dah boleh dijangka, seekor anak ikan Rambai dinaikkan oleh Wahai. Senyuman ala Sarjan misai dalam cerita gerak khas di TV....maklum lah dapat ikan. Kini giliran Paksu pula menerima asakan. Ikan sama spesis juga menjadi habuan . Aku juga yang menanti penuh pengharapan. Asyik do berangan Adi pula menerima henjutan. Boleh tahan henjutan ikan ini, Gaya larian lain sikit dari Rambai. Tak sampai 8 minit dah pun nam[ak kelibat ikan, rupanya GT Blue menjadi habuan Adi. Walau pun tak besar tapi mainannya boleh tahan kalau kena dengan mesin dan Rod yang ringan.

























0 ulasan: