APA KATA ANDA

SEMANGAT KENTAL JIWA TERUJI

PERINGATAN

Slaid Trip Sunyi

Memori


Slideshow

Ahad, 23 Ogos 2009
















































Trip ke laluan kapal di Penang ini disertai 10 orang. Trip memancing selama tiga hari dua malam ini menggunakan perkhidmatan bot Ah Seng. Seperti biasa kami pergi pada hari Jumaat selepas menunaikan solat Jumaat. Bot kami singgah di spot yang pertama iaitu diantara kapal karam Jepun selepas sejam bergerak dari pengkalan. Ini seronoknya mancing di Penang,sejam saja perjalanan dah boleh memancing. Tak sama kalau pergi mancing di Koh Adang, Thailand kena bergerak berjam-jam baru sampai pengkalan Pak Bara.

Dalam perjalanan ini, semua orang dah pun bersiap sedia dengan peralatan memancing masing-masing. Tapi bagi yang belum bersiap sedia,kelam kabut dok prepair peralatan memancing. Maklumlah sejam aje perjalanan ke spot yang pertama. Bila aje sampai masing-masing cepat-cepat melabuh joran masing-masing.



Macam biasa orang pertama yang menaikkan ikan ialah Murad, anak kerisi, walaupun tak besar tapi buat kawan-kawan kelam kabut geram tengok habuan pertama. Orang belakang bot juga dapat sentapan, nampak macam besar tapi bila naik aduh ...kecik. Kecewa juga Abang Said kita bila yang naik ikan kerisi juga. Nampaknya lubuk kerisi yang kami jumpa. Banyak juga ikan kerisi yang kami dapat. Perjalanan kami teruskan sampai kelaluan kapal. Ada juga dua tiga tempat yang kami singgah tapi kurang memberangsangkan.


Dua jam perjalan dari tempat yang pertama kami dah sampai kelaluan kapal. Ada juga bot-bot nelayan mencari lubuk-lubuk ikan. Kami macam biasa turunkan joran. Hari dah pun senja menandakan masuk maqrib. Solat maqrib tetap ditunaikan walaupun ditengah laut. Sebaik saja solat joran Paksu di rentap ikan, boleh tahan tarikannya. Paksu mengerahkan tenaga walaupun dah masuk kategori vateran tapi pengalaman dan ketangkasan beliau berjaya menaikkan ikan merah seberat 3 kg. Walaupun tak besar tapi lawan nya boleh tahan. Ustaz Aziz pun tak ketinggalan, sedang dok asyik melayan perasaan, tiba-tiba rasa ada getuan dari ikan. Ingatkan anak, tapi bila di sentap baru terasa berat tarikannya. Tersenyum panjang kawan bila yang diidam dah datang. Mak oii besar juga 3 kg berat macam ikan merah yang Pak su dapat.

Nampaknya semua kekawan dah rasa geram, dok menanti kilauan emas laut (jenahak) menarik joran.masing-masing. Kini tiba giliran cikgu Aris pula, joran di enjut kuat, tersenyum cikgu Aris bila tengok jorannya di enjut setelah hirisan umpan ikan temenung ditelan. Maklumlah orang berpengalaman sekali enjutan dah tahu ikan apa yang naik. Tepat ramalan beliau ikan jenahak juga yang naik, kilauan emas membuat semua orang tersenyum. Malam terus berlarutan sampai pagi, Jenahak berjaya dinaikkan juga oleh Halim. Tesengih panjang bila kilauan dan kelibat ikan dah nampak. Purata malam itu ikan jenahak 3kg sehingga 4 kg sahaja. Tak ada yang besar melayan upan yang di beri. Esok seawal sesudah solat subuh masing-masing mencuba lagi nasib ikan kerisi masih lagi menjadi habuan pemancing-pemancing tegar ini.

Ah Seng sekali lagi mengubah pot mancing ke tukun-tukun yang ada sekitar laluan kapal. Memang banyak tukun terdapat dilaluan kapal ini semua di tanda dengan boya polistrin. Memang bebaloi bila ikan kerisi,kerapu dan merah berjaya di naikkan. Saya sendiri telah menaikkan kerisi. Bila isi ikan dihulur dengan pantas disahut ibu kerisi. Umpan sotong kurang memberangsangkan ditukun ini. Bila umpan diturun sekali lagi enjutan kuat terasa. Ikan apa yang memakan umpan menjadi tanda tanya. Sifat lawan agak kuat. Setelah bertarung 10 minit rupa-rupanya ikan merah 3.1 kg yang menjadi habuan.

Jam dah pun menunjukkan 10 pagi giliran Pizol pula mendapat habuan, nampaknya apollo tiga mata menjadi target ikan. Tarikan nampaknya lebih kuat dari tarikan saya tadi. Dengan menggunakan mesin elektrik yang kecil, terbatuk-batuk juga di buatnya. Kawan-kawan asyik perli aje bila tengok mesin asyik terhenti-henti bila ikan melawan tarikan. Ada yang kata baling saja dalam laut buat tukun. Tersengeh Pizol sambil hati berdebar-debar. Fuyyo bila naik nampak ikan merah dan kerapu bara yang terlekat pada mata kail apollo. Giliran kawan-kawan pula kena belasah denga Pizol..he he he... Murad juga menaukkan kerapu bara tersenyum lebar Murad. Abang Said pula menaikkan ikan belitong di belakang bot. Macam pesta bila semua pakat bawa naik ikan. Aku juga yang...tersenyum kambing. Halim berjaya menaikkan dua ekor kerisi (ibu dan anak) ibu kerisi 2 kg.

Malam dah berlabuh umpan sotong kurita di turunkan , tunggu agak lama tapi umpan belum disentuh ikan emas laut (jenahak). Bila asyik termenung sambil berangan-angan ikan besar, terasa macam umpan dimakan. Tangan memegang joran dengan erat. Bila umpan diragut terus aku menyentap. Baru rasa lega bila ikan berlawan dan itu menandakan ikan dah terjerat. Debaran makin terasa bila fikiran takut rabut bermain di minda. Selepas lebih kurang 10 minit ikan dah tak terlawan,aku berjaya menaikkan jenahak, spesis yang sentiasa berjaya dinaikkan bila bertandang ke Laut Penang. Trip kali menjadi kepuasan bila ada hasil jenahak dibawa pulang. Insya Allah kami akan datang lagi dilain hari...

Sabtu, 4 Julai 2009


































Trip ke Yan, Kedah ini disertai tujuh orang peserta dari Serdang Kedah yang lebih di kenali dengan panggilan GENGBOX. Trip kali berjaya menaikkan beberapa ekor ikan Tenggiri, Telinga Gajah dan Pecah Periuk serta beberapa jenis ikan yang lain. Cikgu Aris mengetuai trip kali ini.
















Khamis, 11 Jun 2009

























Trip ke Pelantar Minyak Trangganu telah disertai 12 orang. Termasuk Cikgu Shamwen sebagai jurugambar. Perjalanan trip ini mengambil masa lebih kurang 20 jam untuk sampai ke Pelantar Minyak Tinggi. Target sasaran trip ini adalah GT Bagak yang bermaharajalela di sekitar pelantar minyak di pantai Timur. Walaupun perjalanan yang jauh tetapi bagi kaki pancing tegar ini merasakan berbaloi dengan cabaran tarikan ikan-ikan di pelantar minyak ini. Banyak tarikan yang tidak berjaya dinaikkan sama ada rabut ataupun terputus. GT Bagak anggaran 40 kg tidak dapat dinaikkan walau tiga orang telah berusaha menaikkanya termasuk Bang Mat(tekong). Bayangan ikan telah pun nampak tapi tali terputus apabila GT Bagak melibaskan ekornya. . Hampa rasanya bila rezeki dah didepan mata. Apa nak buat dah suratan...

Isnin, 1 Jun 2009















































Trip ke Pulau Sembilan ini disertai lapan orang peserta . Walau pun trip kali ini kurang hasil ikan namun ade juga ikan yang dibawa pulang oleh setiap peserta.