INGATAN
PERINGATAN
Slaid Trip Sunyi
Khamis, 17 September 2009
Trip pada 11 September yang lalu ke Koh Adang telah dirancang bersama Cikgu Syamwen. Perjalanan ke sana terpaksa di lakukan jam 5 petang, maklumlah nak bagi kekawan yang jaga UPSR boleh pi sama. Trip kali ini seramai 8 orang, 4 orang lama yang biasa pergi dibulan puasa iaitu Cikgu Kassim,saya(Abas),Cikgu Syam dan Cikgu Aris. Manakala 4 lagi muka baru. Baru nak mencuba trip bulan puasa. Perjalanan yang lewat menyebabkan kami terpaksa berbuka puasa di Changlun,Jitra. Pekena nasi kandar Yasmin. yang memang bukan kegemaran Aku.Lepas tu semua sambung perjalanan ke Danok,perjalanan ke Pakbara dari Danok 3 jam. Mak oii, lengoh habis punggung dan badan. Lalauan pula ikut jalan ke Hatnyai, sebut Hatnyai jangan dok pikiaq biru tau nanti jadi haru biru pula... Kenderaan yang diguna Pajero,Trooper Isuzu dan Avanza. Asyik-asyik Pajero juga yang terbelakang. Nasib baik Taiko Syamwen tidur, terpaksalah yang lain ikut Drebar Pajero yang biasa dah dengan jalan tu..tepat pukul 12 sampai Pakbara. Pak Yatim dah tunggu dan bawa kami ke Chalet di tepi pantai. Lepas Chek in dan solat jamak kami semua keluar cari makan,aduhai semua kedai dah tutup. Pukul 12 di Pakbara memang dah tak ada kedai buka. Nasib baik ada satu kedai , itupun nasib ada nasi.Kami sahur terus dengan makan nasi ayam saja. Bila tengok tuan kedai memang mengkelan nak telan tapi dah terpaksa.Kenalah juga telan.

Esok lepas jumaat kami bertolak ke Koh Bulun dengan bot Arun. 2 jam saja dah sampai tempat sasaran mancing. Macam biasa Aris adalah orang pertama naik ikan kerapu. Lepas tu Asri, Wan serta Naim. Aku juga yang kumpau. Hasil petang tu tak lah mengancam.Masing-masing nampak suram aja pasal tak ada ikan yang bagak-bagak. Lewat petang Arun ubah bot pi cari sotong hidup. Kami ingatkan mancing kali ini nak guna yang mati aja. Mae (awak-awak) dah siap masak untuk berbuka,masuk aje waktu berbuka semua pakat serbu maklumlah makan di laut apa pun sedap. Malam saja Mae awak-awak candat sotong. Asri,Naim Aris dan Aku pun nak cuba juga candat manalah tau dapat yang besar nanti. Sotong yang di saut Arun agak banyak cukup untk sehari semalam. Sementara nak bergerak kami solat jamak dan terawih dulu. Lapan pun tak apa janji buat nanti rugi..


Pukul 11.30 Arun bawa kelubuk sekitar Koh Bulun. Aris yang lentok berjaya menaikkan Alu-alu. Aku pula seekor anak cupak aja. Asri Kola Nerang dah bagi isyarat asyik dok jerkah laut (loghat Kedah) yang lain dok perli saja. Taiko Syamwen pun senyum melebar...Wan dah pun nakkan ikan kerapu begitu juga Cikgu Kassim dok bedal Alu-Alu. Malam tu Cikgu Kassim juara Alu-Alu. Malam berlalu cepat jam dah 2 pagi hasil masih lagi sikit. Asri Kola Nerang dan Wan dah kecundang. Dah masuk wad 8. Taiko Syamwen mula dok masak sotong dan cendawan celup tepong. Mak tak tahan baunya. Ada la kekawan gatai tangan dok kebas sikit-sikit termasuklah Aku...he.he..he.. Dah siap semua bangun pakat bedal,cicah dengan sos cili. Naim dan Asri tak ketinggalan.
Lepas bersahur ami sambung lagi mancing. Wan dan Asri Kola Nerang masih lagi dok pening lalat lagi. Naim pun dok rasa-rasa tetapi masih bertahan sampai pagi. Lepas solat subuh kami pindah pot baru tetapi hasil tetap kurang. Hai tension juga dibuatnya.Aku mula rasa tak sedap badan bila sendawa bau minyak sotong celup tepung buat aku rasa pening. Dah tak tertahan akhirnya muntah juga aku. Pecah rekod aku.Kalah juga akhirnya setelah 11 tahun berkecimpung dalam bidang memancing. Nampaknya tergolong juga dalam kumpulan Asri dan Wan...

Dalam asyik bersembang Kassim menjerit dan tersenyum lebar apabila kerapu lagi yang dibawa naik,apa lagi berposing lagi la depan kamera. Asri juga tak tunggu lama bila berjaya naikkan ikan Kaci spesis tebal mulut.Sampai tengahari dua tiga tempat Arun ubah tempat hasil tetap sama. Di pot yang terakhir baru ada hasil...Taiko Shamwen terus labuhkan umpan hidup...Fuyoh dah tarik dah naik Tanda dalam 1 kg. Semangat kekawan yang lain pun dah ada semula. Naim bawa naik Kerapu bersambung dengan Asri pula landuk dan kerapu. Aku pun bawa naik kerapu juga. Cikgu Aris jeling aja bila kekawan bawa naik. Tension la tu... Lepas tu dia juga menaikkan ikan Gerut-Gerut.Baru hilang tension dia...
Jam dah pun menunjukkan 3 petang.Kami terpaksalah melabuhkan tirai trip kali ini walaupun berat hati nak balik.Esok dah nak kerja pula.Kalau lewat terlepas masuk border wang Kelian terpaksa balik ikut Hanyai.Jauh tu...3 jam. Kalau Wang Kelian 1 jam saja dah boleh masuk Perlis. Kami bahagi ikan di Changlon tapak parking kereta depan restoren Yasmin selepas berbuka Posa... jam 12 tengah malam baru sampai rumah. Mak oii letihnya...Ok jumpa lagi trip bulan 11 dan 12 nanti. Ada 5 trip lagi sepanjang cuti hujung tahun ini.....


Ahad, 23 Ogos 2009












Trip ke laluan kapal di Penang ini disertai 10 orang. Trip memancing selama tiga hari dua malam ini menggunakan perkhidmatan bot Ah Seng. Seperti biasa kami pergi pada hari Jumaat selepas menunaikan solat Jumaat. Bot kami singgah di spot yang pertama iaitu diantara kapal karam Jepun selepas sejam bergerak dari pengkalan. Ini seronoknya mancing di Penang,sejam saja perjalanan dah boleh memancing. Tak sama kalau pergi mancing di Koh Adang, Thailand kena bergerak berjam-jam baru sampai pengkalan Pak Bara.



Dua jam perjalan dari tempat yang pertama kami dah sampai kelaluan kapal. Ada juga bot-bot nelayan mencari lubuk-lubuk ikan. Kami macam biasa turunkan joran. Hari dah pun senja menandakan masuk maqrib. Solat maqrib tetap ditunaikan walaupun ditengah laut. Sebaik saja solat joran Paksu di rentap ikan, boleh tahan tarikannya. Paksu mengerahkan tenaga walaupun dah masuk kategori vateran tapi pengalaman dan ketangkasan beliau berjaya menaikkan ikan merah seberat 3 kg. Walaupun tak besar tapi lawan nya boleh tahan. Ustaz Aziz pun tak ketinggalan, sedang dok asyik melayan perasaan, tiba-tiba rasa ada getuan dari ikan. Ingatkan anak, tapi bila di sentap baru terasa berat tarikannya. Tersenyum panjang kawan bila yang diidam dah datang. Mak oii besar juga 3 kg berat macam ikan merah yang Pak su dapat.
Dalam perjalanan ini, semua orang dah pun bersiap sedia dengan peralatan memancing masing-masing. Tapi bagi yang belum bersiap sedia,kelam kabut dok prepair peralatan memancing. Maklumlah sejam aje perjalanan ke spot yang pertama. Bila aje sampai masing-masing cepat-cepat melabuh joran masing-masing.


Macam biasa orang pertama yang menaikkan ikan ialah Murad, anak kerisi, walaupun tak besar tapi buat kawan-kawan kelam kabut geram tengok habuan pertama. Orang belakang bot juga dapat sentapan, nampak macam besar tapi bila naik aduh ...kecik. Kecewa juga Abang Said kita bila yang naik ikan kerisi juga. Nampaknya lubuk kerisi yang kami jumpa. Banyak juga ikan kerisi yang kami dapat. Perjalanan kami teruskan sampai kelaluan kapal. Ada juga dua tiga tempat yang kami singgah tapi kurang memberangsangkan.

Dua jam perjalan dari tempat yang pertama kami dah sampai kelaluan kapal. Ada juga bot-bot nelayan mencari lubuk-lubuk ikan. Kami macam biasa turunkan joran. Hari dah pun senja menandakan masuk maqrib. Solat maqrib tetap ditunaikan walaupun ditengah laut. Sebaik saja solat joran Paksu di rentap ikan, boleh tahan tarikannya. Paksu mengerahkan tenaga walaupun dah masuk kategori vateran tapi pengalaman dan ketangkasan beliau berjaya menaikkan ikan merah seberat 3 kg. Walaupun tak besar tapi lawan nya boleh tahan. Ustaz Aziz pun tak ketinggalan, sedang dok asyik melayan perasaan, tiba-tiba rasa ada getuan dari ikan. Ingatkan anak, tapi bila di sentap baru terasa berat tarikannya. Tersenyum panjang kawan bila yang diidam dah datang. Mak oii besar juga 3 kg berat macam ikan merah yang Pak su dapat.Nampaknya semua kekawan dah rasa geram, dok menanti kilauan emas laut (jenahak) menarik joran.masing-masing. Kini tiba giliran cikgu Aris pula, joran di enjut kuat, tersenyum cikgu Aris bila tengok jorannya di enjut setelah hirisan umpan ikan temenung ditelan. Maklumlah orang berpengalaman sekali enjutan dah tahu ikan apa yang naik. Tepat ramalan beliau ikan jenahak juga yang naik, kilauan emas membuat semua orang tersenyum. Malam terus berlarutan sampai pagi, Jenahak berjaya dinaikkan juga oleh Halim. Tesengih panjang bila kilauan dan kelibat ikan dah nampak. Purata malam itu ikan jenahak 3kg sehingga 4 kg sahaja. Tak ada yang besar melayan upan yang di beri. Esok seawal sesudah solat subuh masing-masing mencuba lagi nasib ikan kerisi masih lagi menjadi habuan pemancing-pemancing tegar ini.
Ah Seng sekali lagi mengubah pot mancing ke tukun-tukun yang ada sekitar laluan kapal. Memang banyak tukun terdapat dilaluan kapal ini semua di tanda dengan boya polistrin. Memang bebaloi bila ikan kerisi,kerapu dan merah berjaya di naikkan. Saya sendiri telah menaikkan kerisi. Bila isi ikan dihulur dengan pantas disahut ibu kerisi. Umpan sotong kurang memberangsangkan ditukun ini. Bila umpan diturun sekali lagi enjutan kuat terasa. Ikan apa yang memakan umpan menjadi tanda tanya. Sifat lawan agak kuat. Setelah bertarung 10 minit rupa-rupanya ikan merah 3.1 kg yang menjadi habuan.
Jam dah pun menunjukkan 10 pagi giliran Pizol pula mendapat habuan, nampaknya apollo tiga mata menjadi target ikan. Tarikan nampaknya lebih kuat dari tarikan saya tadi. Dengan menggunakan mesin elektrik yang kecil, terbatuk-batuk juga di buatnya. Kawan-kawan asyik perli aje bila tengok mesin asyik terhenti-henti bila ikan melawan tarikan. Ada yang kata baling saja dalam laut buat tukun. Tersengeh Pizol sambil hati berdebar-debar. Fuyyo bila naik nampak ikan merah dan kerapu bara yang terlekat pada mata kail apollo. Giliran kawan-kawan pula kena belasah denga Pizol..he he he... Murad juga menaukkan kerapu bara tersenyum lebar Murad. Abang Said pula menaikkan ikan belitong di belakang bot. Macam pesta bila semua pakat bawa naik ikan. Aku juga yang...tersenyum kambing. Halim berjaya menaikkan dua ekor kerisi (ibu dan anak) ibu kerisi 2 kg.
Malam dah berlabuh umpan sotong kurita di turunkan , tunggu agak lama tapi umpan belum disentuh ikan emas laut (jenahak). Bila asyik termenung sambil berangan-angan ikan besar, terasa macam umpan dimakan. Tangan memegang joran dengan erat. Bila umpan diragut terus aku menyentap. Baru rasa lega bila ikan berlawan dan itu menandakan ikan dah terjerat. Debaran makin terasa bila fikiran takut rabut bermain di minda. Selepas lebih kurang 10 minit ikan dah tak terlawan,aku berjaya menaikkan jenahak, spesis yang sentiasa berjaya dinaikkan bila bertandang ke Laut Penang. Trip kali menjadi kepuasan bila ada hasil jenahak dibawa pulang. Insya Allah kami akan datang lagi dilain hari...
Sabtu, 4 Julai 2009
Khamis, 11 Jun 2009
















Trip ke Pelantar Minyak Trangganu telah disertai 12 orang. Termasuk Cikgu Shamwen sebagai jurugambar. Perjalanan trip ini mengambil masa lebih kurang 20 jam untuk sampai ke Pelantar Minyak Tinggi. Target sasaran trip ini adalah GT Bagak yang bermaharajalela di sekitar pelantar minyak di pantai Timur. Walaupun perjalanan yang jauh tetapi bagi kaki pancing tegar ini merasakan berbaloi dengan cabaran tarikan ikan-ikan di pelantar minyak ini. Banyak tarikan yang tidak berjaya dinaikkan sama ada rabut ataupun terputus. GT Bagak anggaran 40 kg tidak dapat dinaikkan walau tiga orang telah berusaha menaikkanya termasuk Bang Mat(tekong). Bayangan ikan telah pun nampak tapi tali terputus apabila GT Bagak melibaskan ekornya. . Hampa rasanya bila rezeki dah didepan mata. Apa nak buat dah suratan...
Subscribe to:
Catatan (Atom)














